COVID-19 jejas pengeluaran Iphone

CUPERTINO, 18 FEB – Apple Inc. memberi amaran kepada pelabur bahawa ia tidak akan memenuhi panduan kewangan suku tahun kedua kerana wabak virus di China telah mengurangkan pengeluaran iPhone.

Syarikat berpangkalan di Cupertino, California itu berkata bahawa semua kemudahan pembuatan iPhone di luar wilayah Hubei, pusat wabak itu, dan semua telah dibuka semula. Tetapi syarikat itu berkata pengeluarannya semakin perlahan.

“Kesihatan dan kesejahteraan setiap orang yang membantu membina produk-produk ini menjadi keutamaan kami dan kami sedang berunding dengan pembekal dan pakar kesihatan awam kerana wabak ini masih berterusan,” kata Apple dalam satu kenyataan.

Jumlah kematian daripada COVID-19, penyakit yang disebabkan oleh virus itu mencecah 1,770 baru-baru ini.

Apple berkata permintaan terhadap iPhone juga turun di China selepas 42 kedai Apple ditutup atau beroperasi dengan waktu yang dikurangkan. China adalah pasaran runcit ketiga terbesar Apple untuk iPhone, selepas Amerika Syarikat dan Eropah.

Di luar China, Apple berkata permintaan iPhone telah kukuh dan selari dengan jangkaan syarikat.

Apple berkata ia menjangkakan pendapatan suku kedua di antara AS$63 bilion dan AS$67 bilion Suku kedua Apple berakhir pada 30 Mac.

Apple berkata keadaan sedang berkembang dan ia akan memberi lebih banyak maklumat mengenai pendapatan seterusnya pada bulan April. – AP

Pekerja memakai topeng muka dan berdiri di kedai Apple Store yang dibuka semula di Beijing, China. – AP