COVID-19 jejaskan usaha menyelamat spesies terancam

WASHINGTON – Pakar biologi, Carlos Ruiz telah menghabiskan selama suku abad bekerja untuk menyelamatkan singa emas, monyet berambut panjang yang berasal dari Hutan Atlantik, Brazil.

Hasil usaha penghutanan semula yang gigih, populasi monyet yang terancam itu semakin meningkat sehingga wabak demam kuning melanda Brazil pada tahun 2018, menghapuskan sepertiga dari singa emas itu.

Pasukan Ruiz membuat percubaan baharu dan bercita-cita tinggi pada musim bunga ini, mereka akan mula memvaksinasi monyet-monyet liar yang masih tinggal.

Sejak penularan wabak COVID-19, yang kini menghalang para pekerja untuk melindungi spesies dan habitat yang terancam di seluruh dunia.

Pada mulanya, anggota pasukan Ruiz telah dijangkiti virus itu dan harus dikuarantin.

Singa emas tamarin antara spesies yang terancam yang hidup di hutan Atlantik Brazil. Setelah wabak COVID-19 melanda, para saintis telah memantau kesan buruk terhadap singa emas tamari itu. – AP
Antara binatang spesies ter-ancam di hutan Madagascar. – AP
Persatuan Komuniti Hutan Peten mengoperasikan sebuah dron di kawasan BioItza di utara Guatemala, salah satu organisasi masyarakat yang berfungsi melindungi hutan di Biosfera Maya di Guatemala. – AP

Kemudian kerajaan mengarahkan menutup taman-tanam negara dan beberapa kawasan perlindungan dari dimasuki oleh masyarakat dan penyelidik sejak pertengahan bulan April lalu serta menghalang para saintis memasuki kawasan tempat tinggal singa emas.

“Kami khuatir kehilangan peluang untuk menyelamatkan spesies itu,” kata Ruiz, presiden Persatuan Singa Emas.

“Kami berharap kami masih dapat melakukan pekerjaan kami sebelum gelombang kedua demam kuning melanda.”

Walaupun para saintis mengikuti panduan kerajaan, mereka tahu bahawa ada sebilangan orang yang berniat mengeksploitasi hutan secara haram dan masih memasuki taman, kerana beberapa kamera penyelidikan yang diaktifkan telah dimusnahkan.

Di seluruh dunia, kerajaan dialihkan dengan pandemik dan telah membuka peluang untuk pembukaan dan pemburuan liar secara haram.

Lockdown (perintah berkurung) juga telah menggagalkan eko-pelancongan yang membiayai banyak projek alam sekitar, dari hutan hujan Amerika Selatan hingga savana Afrika.

“Para saintis dan ahli konservasi telah menghadapi gangguan dari bencana global besar sebelumnya, seperti gempa bumi atau rampasan kuasa di satu negara,” kata ahli ekologi Universiti Duke, Stuart Pimm, pengasas Saving Nature.

“Tetapi saya tidak dapat memikirkan perkara yang lain ketika hampir setiap negara di seluruh dunia menghadapi kesan bencana besar yang sama.”

Di Guatemala, masyarakat yang memantau kawasan hutan berjuang untuk menangani salah satu musim kebakaran terburuk dalam dua dekad, tatkala sumber-sumber pemadam kebakaran kerajaan telah dikhaskan untuk wabak tersebut.

“Sembilan puluh sembilan peratus kebakaran itu berpunca dari orang ramai dan kebanyakannya dilakukan dengan sengaja untuk membuka ruang bagi penternakan secara haram,” kata Erick Cuellar, timbalan pengarah sekutu organisasi masyarakat dalam Maya Biosphere Reserve Guatemala atau dipanggil Asociacion de Comunidades Forestales de Peten.

Orang asli menjadi sebagai sukarelawan pemadam kebakaran, tetapi mereka sekarang mengalami tekanan dua kali ganda, sempadan ditutup telah menjejaskan pendapatan mereka dari eksport hutan yang dituai seperti pelepah sawit yang dijual.

“Hutan tropika kaya dengan biodiversiti, jadi kita kehilangan flora dan fauna,” kata Jeremy Radachowsky, pengarah Mesoamerica di Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar bukan berasaskan keuntungan.

“Situasinya berbeza di setiap negara, tetapi pengurangan penegakan undang-undang alam sekitar adalah masalah umum.”

Di Nepal, jenayah yang berkaitan dengan hutan seperti pembalakan haram telah meningkat dua kali ganda sejak perintah berkurung bermula, termasuk di lima taman hutan yang didiami oleh harimau Bengal, spesies yang terancam, menurut pemerintah dan Dana Hidupan Liar Dunia.

“Di negara-negara Afrika, pelancongan hidupan liar memberikan pendapatan yang besar untuk memelihara taman itu di mana spesies seperti gajah, singa, badak dan zirafah tinggal. Tetapi setelah COVID-19 menyerang, eluruh sektor pelancongan antarabangsa pada dasarnya ditutup sejak pada bulan Mac lalu,” kata Peter Fearnhead, CEO Taman Afrika, yang menguruskan 17 taman nasional di 11 buah negara.

“Kami melihat sebanyak AS$7.5 juta kerugian pendapatan kami untuk tahun ini,” katanya, sambil menambah bahawa ekopelancongan tahun depan mungkin pulih hanya sekitar separuh daripada tahap sebelumnya.

Sambil melakukan penyelenggaraan penting dan rondaan renjer untuk mencegah para pemburu haram, pasukan Fearnhead mengurangkan kos perjalanan dengan mengadakan perjumpaan dalam talian di Zoom dan juga mencari bakal penderma dana dari persatuan antarabangsa.

“Kawasan perlindungan yang tidak dikendalikan secara aktif akan hilang,” katanya.

Jennifer Goetz, pengasas bersama laman web yang menyediakan maklumat mengenai pakej perjalanan yang beretika, mengatakan banyak pengendali safari di Afrika berharap dapat memperoleh sedikit pendapatan dan mendesak pelanggan untuk menjadualkan semula tempahan mereka.

Dalam tinjauan pengendali di laman Your African Safari, hampir dua pertiga mengatakan sebahagian besar tempahan mereka ditangguhkan, bukan dibatalkan.

Buat masa ini, rancangannya adalah untuk menghasilkan safari maya dan video perjalanan mengenai Madagascar untuk dijual kepada pengendali pelancongan dan sekolah yang mencari kandungan sains dalam talian. “Kita harus melalui tahun ini,” katanya. – AP