COVID-19: Jumlah jangkitan dunia seramai 4.9 juta orang

ANKARA, 20 MEI – Jumlah jangkitan COVID-19 di seluruh dunia melepasi 4.9 juta hari ini, menurut Johns Hopkins University.

Agensi berita Turki Anadolu melaporkan seramai 323,345 lagi maut akibat virus itu manakala lebih 1.68 juta pesakit sembuh.

Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 1.52 juta kes disahkan dan 91,921 kematian, diikuti United Kingdom (UK) dengan 35,422 kematian dan Itali seramai 32,169 orang meninggal dunia.

Korban di Perancis pula seramai 28,025 orang disusuli Sepanyol dengan 27,778 kematian. – Bernama