COVID-19: Jumlah kematian Iran hampir 5,000

TEHRAN, 17 APRIL Iran hari ini mengesahkan 89 lagi kematian akibat COVID-19, ketika angka kematian rasmi kekal dua angka dalam masa empat hari berturut-turut.

Jurucakap Kementerian Kesi-hatan, Kianoush Jahanpour, memberitahu sidang media bahawa kematian terbaharu menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah 4,958 orang.

Ia adalah hari keenam kadar kematian rasmi menurun di negara yang paling teruk dilanda pandemik itu di Asia Barat.

Menurutnya lagi, 1,499 jangkitan baharu telah disahkan dalam 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 79,494 daripada 319,879 ujian yang telah dijalankan. – AFP