COVID-19: Kadar kematian cecah 1,491

SHANGHAI, 14 FEB – China melaporkan 1,491 kematian dan 64,413 kes disahkan COVID-19 setakat jam 10 pagi tadi.

Jumlah itu termasuk 5,090 kes dan 121 kematian baharu akibat virus itu dalam tempoh 24 jam lalu selain lebih 55,748 menjalani rawatan bagi penyakit itu.

Bagaimanapun, jumlah kes baharu di wilayah Hubei, yang paling teruk terjejas akibat COVID-19, berkurangan selepas meningkat mendadak semalam.

Suruhanjaya Kesihatan di tengah Hubei melaporkan 116 lagi kematian selain 4,823 kes baharu, sebahagian besarnya pesakit yang disahkan melalui diagnosis klinikal.

Wilayah yang menjadi punca wabak COVID-19 itu mencatatkan 242 kematian dan lebih 14,800 kes baharu semalam manakala secara keseluruhan, lebih 64,600 orang dijangkiti koronavirus di China.

Pegawai Kesihatan di Hubei berkata mereka memulakan diagnosis klinikal bagi memastikan pesakit mendapat rawatan seawal mungkin, tanpa perlu menunggu ujian makmal bagi mengesahkan sama ada mereka dijangkiti COVID-19. – Agensi