Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Kematian di AS lebih 700,000

    NEW YORK, 3 OKT – Jumlah kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) sudah melepasi 700,000 orang, menurut Universiti Johns Hopkins kelmarin.

    Sejak bermulanya pandemik jumlah kes sehingga kini telah melebihi 43,621,268, lapor Agensi Anadolu.

    California, negara paling teruk terjejas dengan 4,729,000 kes diikuti Texas (4,077,000) dan Florida (3,620,000).

    Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, 77 peratus orang dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 manakala kira-kira 66 peratus lengkap dua dos. Lebih 214.5 juta orang menerima dos pertama dan lebih 184.9 juta dos kedua. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda