Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Kematian di Itali meningkat

    ROM, 11 MAC – Ketua rantau Lombardy sekitar Milan menyeru kerajaan Itali supaya menutup semua urusan perniagaan yang tidak penting dan pengangkutan untuk tempoh 15 hari di kawasan industri di bahagian Utara untuk menghentikan penyebaran koronavirus.

    Rayuan yang dibuat oleh Attilio Fontana selepas angka kematian di Itali dari COVID-19 meningkat kepada 631 orang dan lebih 10,000 orang telah dijangkiti, angka yang teruk selepas China.

    Bandar fesyen dan kewangan Itali, Milan, telah melihat sekatan dari kerajaan di mana butik-butik terkenal di seluruh dunia seperti Armani terpaksa ditutup.

    Fontana berkata dia dan 12 orang datuk bandar serantau telah memutuskan lebih banyak perkara yang sepatutnya dihentikan untuk mengurangkan penularan COVID-19.

    “Jika jangkitan berterusan dan merebak dengan kelajuan sekarang, sistem ini tidak akan dapat bertahan lama,” Fortana memberitahu akhbar harian Corriere della Sera.

    Pasar terbuka di Campo dei Fiori di Rom kelihatan sunyi, selepas kerajaan Itali mengarahkan perintah berkurung bagi mencegah penularan wabak koronavirus. – AP

    Pada permulaannya kerajaan Itali telah mengkuarantin kira-kira 50,000 orang dari 11 kampung yang paling teruk terjejas oleh virus tersebut.

    Tindakan susulan pada hari Ahad lalu, menyekat perjalanan dan perhimpunan di tempat awam di rantau Lombardy dan sekirarnya seperti Venice, di mana lebih dari 15 juta penduduk tinggal di sana dan 40 peratus aktiviti ekonomi berlangsung di sana.

    Langkah-langkah Lombardy telah ditingkatkan ke seluruh negara Mediterranean, melibatkan 60 juta orang.

    Jalan-jalan di tengah Rom telah dikosongkan di mana kalau hari-hari biasa bas-bas yang dipenuhi oleh penum-pang-penumpang kini kelihatan kosong.

    Orang ramai diminta untuk menjarakkan diri sekurang-kurangnya tiga kaki daripada orang lain dan tidak dibenarkan untuk berjabat tangan.

    Kesemua kedai makan di seluruh Itali terpaksa ditutup sebelum malam dan hanya boleh membuat pesanan makanan sahaja.

    Tetapi bagi Fortana, semua itu masih belum mencukupi.

    “Mengambil kira kami sepatutnya mengantungkan pengangkutan awam kerana di sana virus tersebut cepat tersebar.

    Kerajaan Itali di Rom dijangka akan mengkaji tuntutan pada hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda