COVID-19: kematian dunia cecah 250,000 orang

WASHINGTON, 5 MEI – Jumlah kematian global dari pandemik koronavirus telah mencecah suku juta hari ini, dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) menjangkakan lebih banyak peningkatan kematian ketika vaksin antarabangsa berjaya mengumpulkan dana AS$8 bilion untuk menghasilkannya.

Ramalan yang mengerikan dari AS dibuat ketika sebahagian besar dunia Barat menjalakan perintah berkurung selama beberapa minggu, dengan harapan wabak tersebut telah mencapai tahap kemuncak di Eropah, iaitu kematian di kawasan yang paling teruk terjejas telah menurun selepas hampir dua bulan dalam perintah berkurung.

Tetapi kemajuan global tidak banyak menenangkan perang mulut di antara AS dan China mengenai tanggungjawab pandemik – perseteruan yang dipacu oleh AS mendakwa virus itu berasal dai makmal China – satu teori dilabel Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai ‘spekulatif.’

Angka rasmi dari AFP menunjukkan Eropah adalah benua yang paling teruk terjejas dengan kira-kira 145,000 kematian. AS merekodkan hampir 68,700 kematian. Jika digabungkan ia akan mencatatkan lebih dari 85 peratus dari kematian global.

Sejak kali pertama wabak tersebut dikesan di China akhir tahun lalu, angka jangkitan yang disahkan telah mencecah hampir 3.6 juta orang.

Angka tersebut dikumpulkan kelmarin oleh kerajaan dalaman menganggarkan di Washington bahawa ramalan kadar jangkitan COVID-19 boleh meningkat lebih dari lapan kali ganda kepada 200,000 sehari pada 1 Jun, dan angka kematian mungkin meningkat kepada 3,000 orang.

Dengan negara tersebut bergelut untuk membendung wabak itu, Rumah Putih telah meningkatkan tuduhan terhadap China, dengan Setiausaha Negara, Mike Pompeo Ahad lalu berkata terdapat ‘bukti yang sangat besar’ virus tersebut muncul di sebuah makmal di bandar China, Wuhan.

Presiden AS, Donald Trump telah mengakui bahawa kematian akan melepasi jangkaan awal seramai 60,000, dengan menyebut: “Kita akan kehilangan antara 75, 80 ke 100,000 orang”. – AFP

Seorang pekerja bandaran menyembur cecair pembasmi kuman di bandar Madrid, Sepanyol. Jumlah kematian global dari pandemik koronavirus telah 250,000 orang. Eropah adalah benua yang paling teruk terjejas dengan kira-kira 145,000 kematian. – AP