Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Kes aktif masih terima rawatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Negara Brunei Darussalam mencatatkan sifar kes baharu jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal pada 148 orang dengan dua kes aktif sedang dirawat dan jumlah kes yang sembuh kekal pada 143 orang serta tiga kematian.

    Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan pada 6 Mei iaitu 174 hari yang lalu dan jumlah kes import sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan ialah tujuh kes.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini, mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, seramai 254 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dan jumlah mereka yang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020 ialah seramai 7,411 orang.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 519 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 67,514 ujian.

    Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi, BruHealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda