COVID-19: Kes di Amerika Latin melepasi 3.5 juta

BOGOTA, 16 JULAI – Kes COVID-19 di Amerika Latin terus melonjak, setakat ini sudah melebihi  3.5 juta dan 150,000 kematian dicatatkan,  lapor agensi berita Anadolu.

Rantau itu melaporkan hampir 65,000 kes harian dan sejuta kes jangkitan dalam masa lebih dua minggu. Brazil melaporkan hampir dua juta jangkitan, Mexico 311,000 diikuti Peru dan Chile.

Keempat-empat negara itu tersenarai di antara 10 negara paling teruk terjejas di dunia.

Brazil mencatatkan 1,233 lagi kematian dan 39,924 kes baharu, menurut pegawai kesihatan.

Di Mexico, anggota keluarga ke-satuan kakitangan awam Mexico City meninggal dunia akibat COVID-19 selepas mendapat jangkitan dalam kalangan saudara.

“Ada yang mendapat akses kepada saringan COVID-19 dan ada yang tidak,” kata Datuk Bandar Claudia Sheinbaum pada sidang media.

Kes di Mexico melepasi angka 311,000 dengan 36,000 kematian.-Bernama

Seorang warga Mexico menjalani ujian COVID-19 di Bandar Mexico. Kes COVID-19 di Amerika Latin kini melepasi 3.5 juta. – AP