COVID-19: Kes jangkitan di Chile terus meningkat

SANTIAGO, 26 MEI – Chile mencatatkan peningkatan kes baharu koronavirus kelmarin, dengan hampir 5,000 jangkitan dalam tempoh 24 jam, termasuk dua orang menteri di kerajaan Presiden Sebastian Pinera.

Pihak berkuasa kesihatan mengumumkan 4,895 kes jangkitan baharu di negara Amerika Latin dan 43 kematian.

Menteri Kerja Raya, Alfredo Monero dan Menteri Tenaga, Juan Carlos Jobet mengatakan bahawa mereka antara mereka yang dijangkiti penyakit COVID-19.

“Saya telah dimaklumkan bahawa ujian COVID-19 yang saya lalui beberapa hari lalu adalah positif,” kata Moreno menerusi Twitter, sambil menambah bahawa dia tidak mempunyai gejala yang setakat ini.

Menteri yang berusia 63 tahun telah menjalankan kuarantin bersendirian selepas salah seorang dari kakitangannya diuji positif menghidapi virus.

Para pegawai perubatan memindahkan pesakit COVID-19 menggunakan pesawat tentera di Santiago. Chile mencatatkan peningkatan kes baharu koronavirus kelmarin, dengan hampir 5,000 jangkitan dalam tempoh 24 jam, termasuk dua orang menteri kerajaan. – AFP

Jobet turut diuji positif selepas memulakan pengasingan diri Sabtu lalu, ‘ketika ini, dia mengalami gejala ringan, yang dapat dikaitkan dengan penyakit itu,’ menurut sebuah kenyataan dari Kementerian Tenaga.

“Menteri yang berusia 44 tahun itu tidak memiliki kontak langsung dengan Presiden Sabastian Pinera atau anggota kabinet lain dalam beberapa hari terakhir,” menurut kenyataan tanpa menyatakan bagaimana ia menjangkiti.

Tiga orang menteri lainnya, yang menjalankan kuarantin bersendirian selepas membuat kontak dengan orang yang dijangkiti, kesemuanya diuji negatif dan kembali bekerja.

China mengalami peningkatan jangkitan pada minggu lalu, mendorong kerajaan untuk melaksanakan perintah berkurung di Santiago.

Ibu kota tersebut menjadi titik panas pandemik di Chile, dengan 90 peratus dari 74,000 kes di negara itu.

Minggu lalu, dewan Senator telah ditutup selepas tiga orang senator telah didapati positif dijangkiti koronavirus. Sesi telah diadakan menerusi konferensi video. – AFP