Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Kes keseluruhan kekal 148 orang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Negara Brunei Darussalam terus mencatatkan sifar kes baharu jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal pada 148 orang di mana dua kes aktif masih sedang dirawat dan jumlah kes yang sembuh kekal pada 143 orang serta tiga kematian.

    Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan pada 6 Mei iaitu 173 hari yang lalu dan jumlah kes import sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan ialah tujuh kes.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini, mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, jumlah mereka yang sedang menjalani pengasingan diri mandatori ialah seramai 287 orang dan jumlah mereka yang telah menamatkan pe- ngasingan diri mandatori sejak Mac 2020 ialah seramai 7,374 orang.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 412 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 66,995 ujian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda