Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan

    LABUAN, 28 FEB – Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata. setakat 27 Feb, seramai 54 kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun dijangkiti virus itu manakala 219 kes lagi membabitkan kanak-kanak berusia 13 tahun ke atas. 

    “Buat masa ini terdapat 10 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun sedang dirawat iaitu lima orang di hospital dan lima lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

    “Baki 44 orang sedang menjalani kuarantin di rumah dan kanak-kanak ini berada di bawah kategori dua COVID-19,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Dr Ismuni berkata pihaknya sedang memantau secara serius bilangan jangkitan membabitkan kanak-kanak, sambil menekankan bahawa kes berkaitan kumpulan itu meningkat secara berterusan sejak minggu lepas.

    “Terdapat 82 kes baharu melibatkan kanak-kanak di bawah 12 tahun pada 23 Feb, sebelum menurun ke 65 kes pada 26 Feb dan 54 semalam, tetapi kami tidak dapat meramal (trend) untuk beberapa hari akan datang,” katanya.

    Dr Ismuni berkata bilangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) masih belum mencapai sasaran sejak ia dilancarkan pada 7 Feb lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...