COVID-19: Kes Sarawak terus turun, catat 3 angka

KUCHING, 12 OKT – Jumlah jangkitan harian COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan dengan 834 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 1,037 kes semalam. 

Kuching kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 215 kes, diikuti Miri (184), Sibu (143), Limbang (59), Bintulu (55), Lawas (39), Sri Aman (23), Serian dan Subis masing-masing 19 kes, Mukah (12), Samarahan (11), Betong (10) manakala 45 lagi daerah merekodkan angka kurang daripada 10 kes. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenya-taan memaklumkan daripada kes yang dilaporkan itu, 821 kes merupakan kes tidak bergejala dan bergejala ringan manakala 13 lagi melibatkan jangkitan paru-paru serta memerlukan bantuan penafasan. 

Dua kluster baharu turut diisytihar iaitu Kluster Putai 2 yang merupakan kluster tempat kerja di Bukit Mabong, Kapit dan Kluster Air Awat-Awat yang merupakan kluster komuniti di perkampungan atas air di kawasan Awat-Awat, Lawas. Kluster Putai 2 melibatkan seramai 26 orang didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan terhadap 86 orang manakala 42 orang didapati positif termasuk kes indeks dalam Kluster Air Awat-Awat hasil saringan terhadap 78 orang. – Bernama