Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    56 kes baharu COVID-19 dikesan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Negara Brunei Darussalam hari ini mencatatkan sebanyak 56 kes baharu jangkitan COVID-19 yang mana 41 adalah kes tempatan manakala 15 lagi adalah kes import.

    Dengan jangkitan baharu itu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini menjadi 15,881 orang, menurut Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 3,407 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Oleh itu, kadar kes positif hari ini ialah sebanyak 1.6 peratus.

    Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, satu kes dalam kategori 4, manakala tidak ada kes dalam kategori 5.

    Sebanyak 20 kes pula telah disahkan sembuh hari ini yang membawa jumlah keseluruhan sembuh seramai 15,424 orang, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 383 kes.

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 9.2 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin (17 Januari), kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.7 peratus; kadar bagi yang telah menerima dua dos vaksin ialah 93.8 peratus; manakala kadar bagi yang telah menerima tiga dos ialah 34 peratus.

    Manakala tidak ada pelanggaran arahan yang telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan semalam dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi, dan yang demikian tidak ada kompaun yang telah dikeluarkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...