COVID-19: Lebih 100,000 maut di Eropah

WASHINGTON, 19 APRIL Jumlah kematian akibat COVID-19 di Eropah melebihi 100,000 orang, atau hampir dua pertiga daripada angka korban wabak itu seluruh dunia.

Dengan 100,501 kematian daripada 1,136,672 kes jangkitan, Eropah menjadi benua yang paling terjejas akibat pandemik berkenaan.

Setakat Sabtu, COVID-19 sudah menyebabkan 157,163 kematian di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) terus menjadi negara paling terjejas akibat COVID-19 dengan mencatatkan 738,830 kes dengan 39,014 kematian. – AFP