COVID-19: Malaysia catat 179 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA, 5 APRIL – Sebanyak 179 lagi kes positif COVID-19 dicatatkan sehingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,662 kes dengan empat lagi kes kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu itu 46 kes berkaitan kluster perhimpunan di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Jumlah kematian akibat COVID-19 setakat ini adalah 61 kes, iaitu 1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, seramai 99 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 48 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Bernama