Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    COVID-19: Malaysia rekod 19,090 kes baharu

    KUALA LUMPUR, 10 Feb – Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini melonjak kepada 19,090 kes berbanding 17,134 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 2,975, 422, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

    Kali terakhir Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melepasi paras 19,000 adalah pada 15 Sept tahun lepas dengan 19,495 kes.

    Menerusi laman sosial Twitter rasminya Dr Noor Hisham berkata 99.41 peratus atau 18,977 daripada jumlah kes baharu itu adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 113 kes lagi atau 0.59 peratus berada dalam kategori tiga, empat serta lima. 

    Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...