COVID-19: M’sia catat 1,683 kes baharu

KUALA LUMPUR, 7 MAC – Kes harian baharu COVID-19 di negara ini kekal di bawah 2,000 kes dua hari berturut-turut dengan 1,683 kes dilaporkan hari ini.

Kes sembuh pula merekodkan 2,506 kes manakala terdapat tiga lagi kematian baharu akibat wabak itu menjadikan angka keseluruhan maut kini 1,169 individu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan kumulatif kes positif dan kes sembuh masing-masing sebanyak 313,460 dan 291,958 kes manakala kes aktif kini 20,333.

“Kes baharu hari ini melibatkan 1,673 penularan tempatan dan 10 lagi kes import,” katanya dalam laman Twitternya mengenai perkembangan COVID-19, hari ini. – Bernama