COVID-19: M’sia kembali catat tiga angka

PUTRAJAYA, 4 JUN – Jumlah jangkitan kes positif COVID-19 baharu yang dilapor hari ini kembali melonjak ke tiga angka kepada 277 kes, dengan 271 kes melibatkan bukan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, kes penularan tempatan dalam kalangan warganegara Malaysia hanya melibatkan empat kes selain terdapat dua kes import warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar

“Dua ratus tujuh puluh kes dalam kalangan bukan warganegara adalah dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan ia merupakan sampel ulangan bagi Orang Kena Tahan (OKT) yang dikuarantin di depot tahanan ini. – Bernama