COVID-19: M’sia kini catat 6,806 kes

KUALA LUMPUR, 20 MEI – Wabak COVID-19 semakin membimbangkan apabila kes harian dan kematian tertinggi dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas iaitu 6,806 kes baharu dan 59 lagi maut akibat virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kes kematian itu melibatkan 58 warga tempatan dan seorang bukan warganegara dalam lingkungan umur antara 37 hingga 91 tahun dengan majoriti individu menghidap penyakit kronik.

Dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan kes baharu melibatkan 6,804 kes penularan tempatan dan hanya dua kes import menjadikan kes aktif kini 50,171 manakala 3,916 kes sembuh dilaporkan. – Bernama