COVID-19: Pakistan catat 457 kematian

ISLAMABAD, 4 MEI – Jumlah kes positif COVID-19 di Pakistan melonjak kepada 20,084 dengan 457 kematian, lapor agensi berita Xinhua, menurut Kementerian Kesihatan pada malam kelmarin.

Berdasarkan statistik, 7,494 kes dicatatkan di timur wilayah Punjab,  7,465 di selatan wilayah Sindh, 3,129 di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa, 1,172 di barat daya Punjab dan 393 di Islamabad. Dalam tempoh 24 jam lalu, 17 orang maut dengan 981 kes baharu, kata kementerian.

Setakat ini, sebanyak 203,025 saringan COVID-19 telah dilakukan dan seramai 5,114 pesakit discaj.

Jumlah kes terus meningkat walaupun Pakistan masih  di bawah perintah sekatan pergerakan selama enam minggu berturut-turut. Bercakap kepada wartawan, Menteri Perancangan, Pembangunan dan Inisiatif Khas Asad Umar berkata keputusan melonggarkan sekatan pergerakan akan dibuat dengan mengambil kira persetujuan semua wilayah, selepas 9 Mei. – Bernama

Orang ramai berhimpun di luar pejabat kerajaan untuk mendapatkan kad pengenalan bagi pengesahan mendapatkan geran daripada kerajaan semasa lockdown seluruh negara dalam usaha mengekang koronavirus di Lahore, Pakistan, 4 Mei. – AP