COVID-19: Pejabat PPN S’wak ditutup

KUCHING, 23 JULAI – Operasi Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Sarawak ditutup sementara bermula Isnin lepas sehingga 2 Ogos ini selepas seorang daripada kakitangannya didapati positif COVID-19, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmarudin Ishak hari ini.

Selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan pandemik COVID-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, kesemua kakitangan PPN Sarawak yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan telah diarah menjalani saringan COVID-19 serta kuarantin kendiri wajib selama 14 hari.

“Susulan daripada itu, operasi pejabat PPN Sarawak ditutup sehingga selesai tempoh kuarantin berkenaan memandangkan tiada kakitangan yang bertugas di pejabat itu sepanjang tempoh kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama