COVID-19: Pengguna Jerman yakin keadaan kembali pulih

FRANKFURT AM MAIN, 26 MEI – Pengguna Jerman merasa yakin bahawa keadaan akan kembali pulih akibat gelombang koronavirus tetapi ia kekal berada di paras negatif ketika ekonomi terbesar Eropah kini secara perlahan kembali pulih, satu kaji selidik menunjukkan hari ini.

Pengundi GfK berkata mereka tidak sabar untuk melihat barometer bulanan bagi bulan Jun yang menunjukkan bacaan minus 18.0 mata, meningkat dari bacaan bulan Mei dengan minus 23.1 ketika indikator jatuh 25 mata secara keseluruhan. Meskipun dengan peningkatan tersebut, tahap bulan Jun adalah ukuran kedua terendah yang dibuat ketika kaji selidik sejak di buat pada tahun 1980, menurut GfK.

“Langkah membuka semula secara perlahan-lahan kebanyakan peniagaan semestinya membantu dari masalah yang lebih besar,” menurut pakar GfK, Rolf Buerkl.

“Tetapi ketidakpastian kekal tinggi di kalangan pengguna. Mereka percaya ekonomi Jerman jauh dari selamat dan mereka menjangkakan akan dilanda kemelesetan yang serius.”

Melihat kepada sub-indeks yang membentuk ukuran keyakinan pengguna, harapan orang ramai terhadap prospek ekonomi dan pendapatan mereka sendiri bertambah baik – tetapi juga tetap berada di paras negatif. – AFP