COVID-19: perasaan bimbang masih menghantui penumpang

NEW YORK – Mereka membiarkan beberapa kereta api yang kelihatan terlalu ramai penumpangnya.

Jika mereka membuat keputusan, mereka mencari kereta api yang sunyi untuk dinaiki. Kemudian mereka memerhatikan secara berhati-hati beberapa penumpang sebelum memilih tempat paling selamat yang mereka dapat untuk duduk atau berdiri dalam perjalanan yang kadang-kadang mengambil masa satu jam atau lebih.

Perkiraan yang tenang ini dilakukan setiap hari oleh orang-orang yang tetap terus bekerja semasa pandemik koronavirus dan mengatakan penjarakan sosial yang diperlukan adalah hampir mustahil untuk dipraktikkan di ruang tertutup sistem transit awam bandar New York.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengatakan bahawa orang ramai harus mengekalkan jarak enam kaki (dua meter). Akan tetapi walaupun keramaian penumpang telah turun menjunam di bandar tersebut, namun keadaan kereta api dan bas-bas masih begitu sesak. Di mana berlakunya pengecualian pada peraturan yang ditetapkan, penumpang tidak dijamin melakukannya yang bahkan jarak dilakukan hanya enam inci (15 sentimeter).

“Semua orang sangat takut,” kata Shaderra Armstead, seorang penyambut tetamu klinik kesihatan yang menaiki kereta api bawah tanah untuk bekerja, berkata minggu lalu.

Gambar bertarikh 7 April 2020 menunjukkan para penumpang yang keluar dari kereta api bawah tanah memakai perlindungan kesihatan berikutan penularan wabak COVID-19, di New York. – AP
Kelihatan keadaan sedikit lenggang di dalam kereta api bawah tanah. – AP
Berikutan penularan wabak COVID-19, keadaan di stesen kereta api bawah tanah yang biasanya sesak menjadi sunyi tatkala ramai penumpang masih takut untuk menggunakan pengangkutan tersebut disebabkan kekhuatiran mudah terjangkit daripada penumpang lain. – AP

“Mereka cuba mengekalkan jarak antara satu sama lain, tetapi itu sesuatu yang tidak mustahil.”

“Ia membuatkan saya tidak mahu pergi ke kereta api sama sekali,” katanya. “Saya merasa gementar setiap hari, tetapi saya masih perlu pergi bekerja.”

Penumpang-penumpang di beberapa kereta api di Brooklyn dan Queens minggu lalu yang duduk atau berdiri di beberapa kereta api dengan melakukan penjarakan beberapa kaki antara satu sama lain, beberapa penumpang terlihat tidak menggunakan topeng, sambil menjaga jarak dari orang-orang yang tidak memiliki rumah yang berkhemah. Pada masa yang sama, terdapat gambar-gambar yang menunjukkan platform kereta api bawah tanah yang kebanyakannya kosong pada waktu yang biasanya akan sesak.

Pegawai transit mengatakan mereka bekerja lebih keras berbanding sebelum ini untuk melindungi penumpang dan pekerja mereka di tengah pandemik yang telah membunuh lebih daripada 7,000 warga New York dalam beberapa minggu, kebanyakannya di bandar dan pinggir bandarnya. Beberapa buah daerah pinggir bandar di New Jersey dan Connecticut juga telah mencatatkan jumlah kematian yang signifikan.

Virus ini juga telah meragut nyawa 41 pekerja Autoriti Pengangkutan Metropolitan (MTA), yang mengendalikan bas dan kereta api bawah tanah di bandar serta banyak kereta api komuter. Bagi kebanyakan orang, koronavirus baharu menyebabkan gejala ringan atau sederhana, tetapi, bagi sesetengah orang, terutama orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan yang sedia ada, ia boleh menyebabkan penyakit yang lebih teruk dan mengakibatkan kematian.

“Kami mahu kepadatan sosial yang sedikit dan jarak sosial sebanyak mana yang kami dapat,” kata Pengerusi MTA, Patrick Foye dalam wawancara radio Selasa minggu lalu.

Foye, yang juga mendapat virus tetapi dalam keadaan baik, memanggil ‘episodik’ terhadap adegan kesesakan pada kereta api dan mengatakan bahawa langkah-langkah keselamatan bekerja dengan baik serta aduan daripada penumpang mengenai kesesakan telah berkurangan pada beberapa hari kebelakangan ini.

Cabaran bagi New York

Di Philadelphia, di mana sekurang-kurangnya tiga pekerja transit telah meninggal dunia akibat COVID-19, Pihak Berkuasa Transit Pennsylvania Selatan mengatakan ia akan bergerak ke perkhidmatan ‘lifeline’, menutup beberapa stesen dan mengehadkan perkhidmatan kereta api dan bas ke laluan teras. London, Paris dan Korea Selatan juga berusaha untuk mengekalkan pengangkutan awamnya.

Di London, di mana penumpang turun sebanyak 93 peratus dari titik yang sama tahun lalu, imej yang disiarkan di media sosial telah menunjukkan beberapa kereta api yang sesak masa sibuk semakin kurang bergerak kerana kakitangan yang sakit. 14 kakitangan pengangkutan London telah meninggal dunia akibat virus itu, termasuk lapan orang pemandu bas. Di New York, penggunaan semua bentuk transit telah merosot.

Penumpang kereta api bawah tanah para hari Isnin lalu turun 92 peratus berbanding hari-hari biasa. Landasan kereta api komuter yang melalui Long Island mempunyai 97 peratus penumpang yang lebih sedikit. Di Metro-Utara, yang beroperasi bagi pinggir bandar utara, termasuk di Connecticut, penumpang turun sebanyak 95 peratus. Bagi bas MTA, ia turun lebih daripada 60 peratus.

Pihak agensi itu telah mengurangkan perkhidmatan bas kira-kira 25 peratus, mengurangkan bilangan kereta api yang bergerak pada waktu bekerja di landasan kereta api Long Island dari sekitar 740 hingga sekitar 500 dan di Metro-Utara dari 713 hingga 424.

Walaupun kereta api bawah tanah dan bas-bas kurang mengalami kesesakan daripada biasa, masih ada saat-saat yang terlalu padat untuk keselesaan dalam masa koronavirus ini.

Menunggu kereta api Manhattan yang menuju ke platform Queens, Ebrahima Sumareh berkata beliau mencari kereta api bawah tanah yang paling kurang sesak yang dapat ditemui sebelum menaikinya.

“Saya takut orang akan menyentuh saya, untuk mendekati saya,” kata Sumareh, seorang kerani kawalan kualiti kereta api. “Saya juga takut kepada orang lain.”

Dia juga merasa bimbang beberapa penumpang lain mungkin tidak mengikuti protokol jarak jauh dalam kehidupan harian mereka, bukan hanya di kereta api, katanya.

Untuk memastikan beberapa kereta api tidak terlalu sesak, MTA New York mengatakan ia telah berusaha untuk mengekalkan perkhidmatan yang biasa pada laluan yang paling banyak digunakan.

Terdapat juga polis yang mengarahkan orang-orang di platform kereta api bawah tanah ke kereta api yang kurang sesak. Penumpang-penumpang digesa menutup muka mereka dan melaporkan keadaan di mana penjarakan sosial tidak dipatuhi.

Pihak agensi telah menyiarkan tanda-tanda pada beberapa kereta api yang tertulis: “Pekerja yang penting, ya, ok untuk menaiki. … Tidak – mengapa anda membaca ini? Balik rumah.”

MTA berusaha membantu melindungi pekerja dengan mengedarkan 300,000 topeng gred perubatan, 160,000 topeng pembedahan, dan 2.5 juta sarung tangan kepada pekerja sejak 1 Mac lalu, kata Foye.

Penumpang kereta api bawah tanah Queens, Bhargav Munagala berkata pada Selasa lalu bahawa semasa beliau berulang alik dengan tugasnya sebagai pengurus projek untuk pembungkusan makanan dan perkhidmatan penghantaran, dia cuba menghormati orang yang sangat penting seperti jururawat.

“Kebanyakan orang yang saya lihat kini nampak keletihan, sementara yang lain bertindak ‘gila,’ katanya. “Itulah New York.” – AP