MOSCOW, 6 OKT – Rusia melaporkan kes harian tertinggi kematian COVID-19 kelmarin ketika negara itu berjuang dengan kadar jangkitan yang tinggi dan wilayah di luar Moscow mengembalikan sekatan pandemik secara berhati-hati.
Negara kelima di dunia paling teruk terjejas dengan lebih 7.5 juta jangkitan, Rusia telah menyaksikan peningkatan kes sejak bulan Ogos akibat varian Delta yang menular dan program vaksinasi yang lambat.
Kerajaan mencatatkan 929 jumlah kematian COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, jumlah kematian virus tertinggi harian Rusia semenjak pandemik tersebut merebak.
Beberapa suntikan yang dihasilkan di Rusia telah tersedia selama berbulan-bulan, namun pihak berkuasa masih menghadapi kesukaran untuk mendorong penduduknya yang ragu terhadap vaksin agar dapat diinokulasi. – AFP