COVID-19: Sabah aktifkan pusat kawalan operasi bencana

KOTA KINABALU, 30 MAC – Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah di negeri ini bagi mengurus semua aspek berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perkembangan wabak COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata semua pega-
wai daerah telah diarahkan untuk mengaktifkan PKOB dan Ja-watankuasa Keselamatan Daerah masing-masing agar setiap daerah bersedia sekiranya terdapat pertambahan kes COVID-19 secara mendadak.

Beliau berkata, setiap pejabat daerah turut berperanan memastikan keadaan terkawal selain terus berusaha mempertingkatkan lagi penguatkuasaan supaya arahan PKP dipatuhi oleh penduduk di kawasan masing-masing demi membendung penularan wabak
COVID-19. – Bernama