Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    COVID-19: Sarawak terus catat trend peningkatan kes baharu

    KUCHING, 7 FEB – Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Sarawak terus menyaksikan trend peningkatan ketara apabila 84 kes dicatatkan hari ini berbanding 58 yang dicatatkan semalam.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata 83 daripada kes baharu ini melibatkan pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan, manakala satu kes lagi melibatkan jangkitan paru-paru.

    Sebanyak 45 kes dilaporkan di Kuching, diikuti Sibu dengan 20 kes, Miri (sembilan), Serian (empat), Song (tiga), Bintulu (dua) dan Samarahan (satu), tiada kes baharu dilaporkan di 33 daerah lain di Sarawak.

    Penambahan kes yang direkodkan hari ini telah menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak kini adalah 252,087. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...