Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    COVID-19: Satu perlima rakyat AS dijangkiti

    WASHINGTON, 19 JAN – Satu daripada setiap lima rakyat Amerika Syarikat (AS) dijangkiti COVID-19 sejak ia mula dikesan di negara itu, menurut data dari Universiti Johns Hopkins, kata Xinhua.

    Sejumlah lebih 66 juta kes COVID-19 dilaporkan di seluruh AS kelmarin, iaitu kira-kira satu perlima daripada populasi AS. Lebih 851,000 kematian COVID-19 dilaporkan di negara ini setakat Selasa.

    AS menyaksikan lonjakan COVID-19 baharu sejak pertengahan Disember disebabkan oleh varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.

    Negara itu kini mencatatkan purata hampir 800,000 kes COVID-19 baharu dan hampir 1,800 kematian baharu setiap hari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...