COVID-19: Tempat letak kereta dijadikan ICU

MANAMA, 14 APRIL – Bahrain telah mengubah tempat letak kereta berhampiran ibu negara Manama kepada unit rawatan rapi (ICU) dengan 130 katil untuk pesakit yang dijangkiti koronavirus, yang pertama di negara Teluk itu.

ICU baharu di tempat letak kereta tertutup didirikan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kes penyakit pernafasan COVID-19 meningkat, kata pegawai.

Negara kecil di Teluk, dengan penduduk mencecah 1.5 juta, telah mencatat lebih daripada 1,500 kes, di mana tujuh orang telah meninggal dunia dan 645 telah sembuh.

Menurut statistik rasmi, hanya tiga orang berada dalam keadaan kritikal. “ICU baharu merupakan langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang perkembangan,” beritahu Sheikh Khalid bin Ali Al-Khalifa, komander Perkhidmatan Perubatan Diraja, kepada wartawan pada perasmian hari ini. – AFP