COVID-19: Thailand cecah rekod tertinggi lagi

BANGKOK, 22 JULAI – Thailand melaporkan 13,655 kes baharu COVID-19, rekod tertinggi dua hari berturut-turut menjadikan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak 453,132. 

Sepanjang 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 87 lagi kematian, sehingga kini, keseluruhan seramai  3,697 telah meninggal dunia sejak pandemik mula melanda negara ini Januari tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) berkata kes baharu itu melibatkan 13,644 jangkitan tempatan termasuk 3,845 melalui pengesanan kes aktif. – Bernama