COVID-19: Tiada kes baharu, 616 jalani pengasingan
Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Tidak ada kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini dengan enam kes aktif yang masih dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan dalam keadaan yang baik. Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya turut memaklumkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Negara Brunei Darussalam kekal seramai 236 orang



































