COVID-19 tingkat risiko anak mati dalam kandungan

WASHINGTON, 21 NOV – Wanita hamil dijangkiti COVID-19 berdepan risiko melahirkan anak damit meninggal dunia dalam kandungan, dua kali lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit itu, menurut satu kajian kerajaan Amerika Syarikat (AS), semalam.

Malah, hasil kajian itu mendapati risiko terbabit meningkat kepada kira-kira empat kali ganda sepanjang tempoh varian Delta menjadi dominan.

Analisis itu dilakukan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) berdasarkan lebih 1.2 juta kelahiran anak damit antara Mac 2020 hingga September lalu daripada sebuah pangkalan data hospital AS yang besar.

Secara keseluruhan, kelahiran anak damit mati dalam kandungan adalah sangat jarang dengan membabitkan 0.65 peratus atau 8,154 kelahiran anak damit. – AFP