COVID-19: Wanita China pulih sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 24 FEB – Dua wanita warganegara China yang disahkan positif COVID-19 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif yang pulih sehingga ini, 20 orang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata kedua-dua wanita berkenaan masing-masing dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kes ke-14, seorang wanita warganegara China berumur 37 tahun yang telah disahkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2020 dan kes ke-19, seorang wanita warganegara China berumur 38 tahun, yang telah disahkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama