COVID-19: Warga emas meninggal dunia

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Seorang lagi pesakit yang positif COVID-19 di negara ini telah disahkan meninggal dunia, hari ini.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media hari ini berkata pesakit berkenaan ialah seorang lelaki berumur 79 tahun yang merupakan Kes 2864.

Kes tersebut telah mengalami masalah jangkitan paru-paru yang teruk setelah dijangkiti COVID-19.

“Sehubungan dengan ini, demi menjaga kerahsiaan dan menghormati privasi keluarga kes ini, Kementerian Kesihatan tidak akan mengongsikan butiran peribadi kes,” katanya.

Yang Berhormat Dato juga memohon orang ramai untuk sama-sama menghormati dan tidak menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan dengan kes tersebut.

Di kesempatan itu, beliau mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga kes berkenaan.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para salehin. Al-Fatihah.”

Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan. – Gambar oleh Muiz Matdani