COVID-19: Warga Jepun dapat vaksin percuma

TOKYO, 2 DIS – Jepun akan memberikan vaksin koronavirus kepada semua rakyatnya di bawah satu rang undang-undang yang diluluskan hari ini, tatkala negara bergelut mengawal jumlah kes harian yang meningkat.

Rang undang-undang itu, yang dikatakan oleh kerajaan akan merangkumi kos semua vaksin untuk 126 juta penduduk Jepun, diluluskan oleh parlimen.

Negara itu telah memperoleh vaksin COVID-19 untuk 60 juta penduduk dari syarikat farmaseutikal Pfizer, sementara 25 juta penduduk lagi dari firma bioteknologi Moderna.

Ia juga mengesahkan ia akan menerima 120 juta dos vaksin AstraZeneca.

Kelulusan rang undang-undang dibuat dua minggu selepas perdana menteri Jepun berkata negara sedang ‘mengambil langkah berjaga-jaga maksimum’ terhadap virus itu, dan pengamal perubatan pula mengingatkan hospital berada di ambang kemusnahan.

Jepun mencatat 2,100 kematian dan 150,000 kes, dan belum mengenakan sekatan ketat seperti yang dilihat di negara lain.

Namun ia sedang berdepan gelombang ketiga penyakit tersebut, melaporkan jumlah jangkitan harian yang tinggi di seluruh negara dalam beberapa minggu ini. – AFP