Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    COVID: 214 kes baharu kategori tiga hingga lima

    KUALA LUMPUR, 6 MAC – Sejumlah 214 kes daripada 33,406 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan baki 33,129 kes pula, terdiri daripada kategori satu dan dua, sekali gus menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 3,595,172.

    “Daripada 214 kes kategori tiga hingga lima, 60 kes melibatkan individu yang tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi serta 101 kes lengkap vaksinasi namun belum menerima dos penggalak serta 53 kes telah menerima dos penggalak.

    “Selain itu, bagi kategori satu dan dua pula, terdapat 96 kes melibatkan individu berumur 60 tahun dan ke atas, 70 kes mempunyai komorbid dan satu kes ibu mengandung,” katanya.

    Beliau memaklumkan sebanyak 2,019 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam, melibatkan 772 kes kategori tiga hingga lima serta 1,247 kes kategori satu dan dua. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...