Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    COVID: 224 kes baharu kategori 3 hingga 5 di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 11 MAC – Sebanyak 224 daripada 30,787 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga hingga lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

    Beliau berkata baki 30,563 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua, sekali gus menjadikan kumulatif kes positif COVID-19 negara berjumlah 3,741,986.

    “Sementara itu, 26,457 kes sembuh dilaporkan semalam menja-dikan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,393,999 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 negara hari ini.

    Dr Noor Hisham berkata daripada 224 kes COVID-19 kategori tiga hingga lima itu, 58 kes melibatkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 94 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...