Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    COVID: 3,113 kes aktif, 60 dirawat di hospital

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Sebanyak 447 kes baharu jangkitan COVID telah dicatatkan di negara ini hari ini, yang termasuk 425 kes hasil ujian pantas antigen (ART) yang telah dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth manakala 22 kes adalah hasil 485 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 136,821 kes,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Dato, terdapat dua kes yang dikategorikan dalam kategori 5 iaitu mereka yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), manakala tiga kes dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi.

    “Sebanyak 773 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 133,494 kes,” tambah beliau.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 3,113 kes iaitu 60 kes sedang dirawat di hospital manakala 3,053 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Dalam masa 24 jam yang lalu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengumumkan bahawa satu kes COVID telah meninggal dunia namun kes berkenaan tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID.

    Di kesempatan itu, beliau mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

    “Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Al-Fatihah.”

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato berkata, “Bulan Ramadan adalah bulan bila mana pintu langit dan pintu-pintu syurga dibuka. Marilah kita terus berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa di dalam kemakmuran dan terlindung dari segala bahaya. Aamiin Aaminn Ya Rabbalalamin. Selamat menunaikan ibadah puasa.”

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media harian COVID di Kementerian Kesihatan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...