Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    COVID: 3,566 dilaporkan sembuh

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Lapan kes COVID kini berada dalam Kategori 5 yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di unit rawatan intensif (ICU), manakala sembilan lagi dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan dipantau rapi.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkara itu pada sidang media situasi terkini jangkitan COVID di negara ini yang berlangsung di Kementerian Kesihatan hari ini.

    “Sebanyak 4,005 kes baharu telah dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 88,849 orang,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Menurutnya, daripada jumlah itu, 3,419 adalah hasil ujian ART dimuatnaik ke aplikasi BruHealth manakala 586 adalah hasil ujian PCR yang berjumlah 4,482 dalam masa 24 jam lalu.

    Beliau turut mengongsikan jumlah sembuh seramai 3,566 menjadikan jumlah keseluruhan sembuh di negara ini kepada 50,112 manakala jumlah kes aktif sebanyak 38,594.

    “Pada masa ini, kadar penggunaan katil di seluruh negara ialah sebanyak 9.8 peratus di mana 351 kes aktif sedang menerima rawatan di pusat-pusat pengasingan. Sejumlah 38,243 kes positif lain menjalani pengasingan diri di rumah,” tambah beliau.

    Bagi Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat 5 Mac, mereka yang menerima dos ketiga ialah 56.5 peratus, manakala kadar satu dan dua dos masing-masing melebihi 94 peratus.

    Beliau turut menyeru orang ramai untuk memohon ke hadrat Allah SWT semoga Negera Brunei Darussalam sentiasa dipelihara dan dilindungi daripada segala mara bahaya, semoga semua rakyat dan penduduknya diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala penyakit khususnya penyakit COVID.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri sidang media tersebut yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...