Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    COVID di Micronesia terus membimbangkan

    WELLINGTON, 26 JULAI – Penularan pertama COVID di Micronesia terus meningkat dalam masa seminggu kepada lebih 1,000 kes hari ini, membangkitkan kebimbangan di negara pulau Pasifik itu.

    Minggu lalu, Micronesia kemungkinan besar menjadi negara terakhir di dunia yang mempunyai populasi lebih 100,000 orang berdepan penularan jangkitan, selepas berjaya mengelaknya selama dua setengah tahun disebabkan lokasi geografinya yang terasing dan pengawalan sempadan.

    Pegawai kesihatan bagaimanapun mengatakan jangkitan semakin meningkat. Ia melaporkan 140 kes baharu pada Isnin, membawa jumlah keseluruhan kepada 1,261 kes yang termasuklah beberapa kes yang dikesan di sempadan sebelum penularan berlaku. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...