Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    COVID: Kes baharu, kematian di Malaysia meningkat minggu lepas

    KUALA LUMPUR, 8 OGOS – Bilangan kes baharu COVID-19 meningkat 0.8 peratus kepada 28,554 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2022) dari 31 Julai hingga 6 Ogos, meliputi 28,499 kes tempatan dan 55 kes import.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk tempoh sama, kes kematian pula meningkat kepada 60 kes berbanding 49 kes minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 22.4 peratus.

    “Bilangan kes sembuh pada ME 31/2022 menurun sebanyak 7.2 peratus iaitu 30,837 kes kepada 28,604 kes.

    “Purata kes aktif setiap hari bagi ME 31/2022 adalah 45,941 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.6 peratus berbanding minggu sebelumnya,” katanya dalam kenyataan situasi semasa jangkitan COVID-19, hari ini.

    Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk kekal sebanyak 12 orang bagi ME31/2022. – Bernama

    Orang ramai menghabiskan cuti hujung minggu dengan mengunjungi Bukit Bintang yang merupakan kawasan tarikan utama di ibu kota, pada Ahad. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...