Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    COVID: Kes harian di S’wak turun ke tiga digit

    KUCHING, 7 MAC – Jumlah kes harian COVID-19 di Sarawak mencatatkan penurunan apabila kembali ke tiga digit dengan 857 kes dilaporkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini berbanding lebih 1,000 kes sejak 1 Mac lepas. 

    Bagaimanapun, satu kluster baharu diisytiharkan melibatkan 17 orang tahanan di Depo Tahanan Imigresen (DTI) di Bekenu dalam daerah Subis. 

    Kluster DTI Bekenu 2 itu tercetus daripada seorang tahanan wanita warga asing berusia 31 tahun yang disahkan positif pada 28 Feb lepas sebelum penyakit itu menjangkiti tahanan lain. 

    Dalam kenyataannya hari ini, JPBN menyatakan daripada keseluruhan jumlah kes yang dilaporkan, hanya tiga kes melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan ventilator. 

    Daerah Kuching mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan  344 kes, diikuti Sibu dan Miri masing-masing 127 kes. Sementara itu, 23 daerah lagi mencatatkan antara satu dan 47 kes dan tiada kes baharu dilaporkan di 14 daerah lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...