Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    COVID: Korea Utara ambil pendekatan berlembut

    SEOUL, 29 MEI – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan beberapa lagi pegawai tertinggi lainnya membincangkan penyemakan semula sekatan antiepidemik semasa mesyuarat hari ini, lapor media kerajaan, ketika mereka bertegas mengatakan bahawa kes penularan COVID pertama negara itu semakin perlahan, meskipun kenyataan itu diragui.

    Perbincangan mesyuarat Politburo Utara mencadangkan bahawa ia tidak lama lagi akan melonggarkan beberapa langkah sekatan drakonian dilaksanakan selepas ia mengakui penularan pertama Omicron bulan ini, disebabkan kebimbangan mengenai situasi makanan dan ekonominya.

    Kim dan ahli Politburo lainnya ‘membuat satu penilaian positif mengenai situasi pandemik yang semakin terkawal dan bertambah baik di seluruh negara, lapor agensi berita Korean Central News Agency (KCNA).

    Mereka juga menilai isu penyelarasan secara berkesan dan pantas serta menguatkuasakan peraturan antiepidemik serta panduan berdasarkan situasi semasa yang stabil, tambah KCNA.

    Hari ini, Korea Selatan melaporkan 89,500 pesakit dengan simptom demam, membawa jumlah keseluruhan kepada 3.4 juta. Ia tidak menyatakan sama ada terdapat kematian tambahan. Angka kematian terkini dilaporkan pada Ahad lalu ialah 69 orang, menetapkan kadar kematian pada 0.002 peratus, satu peratusan amat rendah yang tidak dilaporkan negara lain, termasuk ekonomi maju dalam kempen memerangi COVID.

    Ramai pakar luar bagaimanapun mengatakan Korea Utara jelas menaksirkan kurang daripada jumlah sebenar kematiannya bagi mengelak natijah politik terhadap Kim di negaranya. – AP

    Gambar serahan kerajaan Korea Utara menunjukkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menghadiri mesyuarat Politburo di Pyongyang, Korea Utara, 29 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...