Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    COVID: Labuan ambil langkah berjaga-jaga

    LABUAN, 29 DIS – Petugas kesihatan Labuan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlaku penularan COVID-19 dalam kalangan mereka yang baru kembali ke pulau itu selepas mengerjakan umrah.

    Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata mereka yang baru kembail selepas mengerjakan umrah, diwajibkan mengambil ujian mandatori polymerase chain reaction (PCR) sebelum dibenarkan memasuki pulau berkenaan.

    “Mereka perlu menjalani ujuan COVID-19 sebaik tiba di sini selepas mengerjakan umrah, dan mereka diwajibkan memakai peranti pengesanan digital pada pergelangan tangan sepanjang menjalani tempoh kuarantin dan pengawasan di rumah,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau berkata perintah kuarantin di rumah bagi anggota jemaah ini boleh dibatalkan sekiranya kediaman mereka tidak kondusif dan tidak sesuai untuk kuarantin.

    “Petugas kesihatan kami akan akan melawat dan membuat pemeriksaan bagi melihat sekiranya kediaman mereka memenuhi kriteria bagi membolehkan mereka menjalani kuarantin di rumah, jika didapati tidak sesuai mereka perlu menjalani kuarantin di hotel,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...