Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    COVID meningkat, jutaan dikurung di China  

    BEIJING, 15 MAC – Berpuluh juta orang dikenakan perintah berkurung di seluruh China hari ini, ketika kes-kes virus melonjak, membawa kepada langkah saringan besar-besaran dan pegawai kesihatan berpakaian hazmat yang ramai di jalan-jalan pada skala yang belum pernah dilihat sejak bermulanya pandemik.  

    China melaporkan 5,280 kes baharu COVID hari ini, lebih daripada dua kali ganda berbanding kelmarin, ketika varian mudah berjangkit Omicron merebak ke seluruh negara yang berpegang teguh dengan strategi sifar COVIDnya itu.  

    Pendekatan itu yang mengenakan langkah sukar perintah berkurung setempat dan mengakibatkan China terputus hubungan dengan dunia luar dua tahun, tampak semakin menekan ketika Omicron menyelusup masuk ke dalam komuniti.  

    Sekurang-kurangnya 13 bandar di seluruh negara dikenakan perintah berkurung penuh setakat hari ini, dengan beberapa lagi yang lain menyaksikan sekatan separa, apabila lebih 15,000 jangkitan dilaporkan di seluruh negara dalam Mac.  

    Pegawai juga menggesa golongan berusia 60 tahun ke atas mendapatkan vaksinasi – termasuk suntikan dos penggalak – secepat mungkin selepas keadaan di Hong Kong yang menyaksikan kadar kematian tinggi dalam golongan itu kerana tahap inokulasi rendah. – AFP 

    Penduduk menjalani ujian saringan COVID di Shenyang, wilayah Liaoning di timur laut China. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...