Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    COVID: Sarawak catat kes harian terendah

    KUCHING, 16 JAN – Sarawak hari ini mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 terendah dengan enam kes direkodkan setelah hampir dua tahun pandemik itu melanda negara ini.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 252,600.

    JPBN memaklumkan keenam-enam kes baharu direkodkan itu adalah mereka yang dikategorikan tidak bergejala dan bergejala ringan, dengan lima kes direkodkan di daerah Kuching dan satu kes di Sibu.

    Satu kes kematian baharu turut direkodkan melibatkan seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun di Hospital Umum Sarawak.

    Kes kematian tersebut mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia, menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...