COVID: S’wak catat kes kematian harian tertinggi
KUCHING, 21 MEI – Sarawak mencatatkan jumlah kes kematian harian tertinggi akibat COVID-19 hari ini dengan lapan kematian, sekali gus menyaksikan angka korban akibat penyakit itu meningkat kepada 247 orang, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini. Empat daripada kes kematian itu direkodkan di Hospital Kapit manakala masing-masing dua kes di Hospital Saratok



































