CR7 bantu Juve mara ke separuh akhir

TURIN, 23 JAN – Cristiano Ronaldo lagi sekali menemui sentuhannya apabila berjaya menjaringkan gol ketika menentang Roma dengan kemenangan 3-1 kelmarin dan melayakkan Juventus ke perlawanan separuh akhir Piala Itali.

Juventus telah menjuarai kejohanan itu sebanyak 13 kali dan empat kejuaraan itu adalah dari lima pertandingan lepas. Juventus akan bertemu menentang AC Milan atau Torino di separuh akhir nanti.

Juve mendahului perlawanan apabila berjaya menjaringkan gol di minit ke-26 menerusi rembatan Ronaldo dari hantaran pendek rakannya Gonzalo Higuain.

Ronaldo telah menjaringkan sebanyak 13 gol dari 10 perlawanannya.

Rodrigo Bentancur menggandakan lagi jaringan di minit ke-38 melalui hantaran Douglas Costa dan melepasi pemain pertahanan Roma.

Juventus menguasai perlawanan dengan baik dan jaringan ketiga mereka dijaringkan oleh Leonardo Bonucci.

Roma mendapatkan jaringan apabila kecuaian penjaga gawang Juventus Gianluigi Buffon menerima padah dengan jaringan sendiri Buffon. – AP

Reaksi Cristiano Ronaldo ketika memeluk jurulatih Roma Paulo Fonseca semasa perlawanan suku akhir Piala Itali di Torino, Itali. – AP