CR7 cergas untuk beraksi menentang Sweden

LISBON, 7 SEPT – Media dan peminat Portugal hari ini menjangkakan gol ke-100 di peringkat antarabangsa bagi Cristiano Ronaldo selepas penyerang tersebut memberi bayangan melalui media sosial bahawa dia cergas untuk diturunkan untuk bermain menentang Sweden.

Ronaldo terlepas perlawanan pembukaan untuk mempertahankan Liga Negara-Negara UEFA bersama negaranya menentang Croatia dengan jangkitan jari kaki, tetapi memuat naik ‘gembira untuk kembali’ melalui Instagramnya kelmarin, berserta foto-foto menunjukkan dia mengadakan latihan bersama skuad buat kali pertama sejak Selasa lalu.

Portugal yang akan bermain menentang Sweden esok di Solna, mengingatkan persembahan Ronaldo yang dikenang pada pusingan kedua perlawanan playoff kelayakan Piala Dunia 2013.

Ronaldo menjaringkan satu-satunya gol dalam pusingan pertama dan Zlatan Ibrahimovic menjaringkan pada pusingan kedua. Ronaldo menjaringkan hatrik di antara minit ke-50 dan ke-79 sementara bintang Sweden meledak dua gol dalam masa empat minit semasa pertemuan. Portugal memenangi perlawanan dan kelayakan playoff itu.

Bintang Juventus berusia 35 tahun kini menjaringkan 99 gol antarabangsa dan memburu rekod lelaki yang dipegang oleh pemain Iran, Ali Daei dengan 109 gol.

Meskipun media Portugal hari ini teruja dengan kepulangan Ronaldo, kemenangan 4-1 ke atas Croatia telah memberikan pandangan bahawa Portugal boleh membebaskan diri dari terlalu bergantung pada Ronaldo.

“Tidak pernah berlaku di mana Portugal memiliki begitu ramai pemain penyerang yang berkualiti,” tulis Manuel Queiroz dalam akbar sukan O Jogo, dengan menyebut nama seperti Bruno Fernandes, Bernardo Silva dan Joao Felix. – AFP